Projek Inovasi Jana Kuasa Hidro Mini


Kerjasama erat pihak Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan ILP Kota Kinabalu (ILPKK) telah menemukan pihak YIM dengan sebuah inovasi yang dibangunkan sendiri oleh  penduduk sebuah kampung di Sabah. Pihak YIM memberi kepercayaan kepada pihak ILPKK untuk menilai dan menambahbaik projek inovasi tersebut.

Satu lawatan teknikal telah diadakan pada 30 Julai 2015 yang lalu oleh pihak ILPKK untuk melihat potensi projek inovasi tersebut.

Inovasi yang dimaksudkan adalah inovasi Jana Kuasa Hidro Mini yang terletak di Kampung Libang, Tambunan, Sabah. Projek ini telah dibangunkan oleh Encik Hamid yang  juga merupakan  seorang perekacipta tempatan. Beliau juga pernah menerima beberapa anugerah dengan projek inovasinya.

ILPKK PENJANA LATIHAN KEMAHIRAN DAN PENCETUS BUDAYA INOVASI