Perutusan Pengarah
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke laman web Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILP KK). Institut ini telah siap dibina pada 12 Oktober 2000, terletak di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) dan telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah pada masa itu iaitu Datuk Chong Kah Kiat pada 11 Januari 2003 bersamaan 8 Zulkaedah 1423H.
Laman web ini dibangunkan bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan ILP KK kepada masyarakat awam serta menyampaikan maklumat mengenai peluang latihan kemahiran yang ditawarkan sama ada program sepenuh masa atau kursus jangka pendek. Di samping itu ia juga bertujuan menjadi medium untuk menyampaikan maklumat-maklumat seperti aktiviti-aktiviti dan juga berita-berita semasa yang berlaku di ILP KK. Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kaedah penyampaian dan penyaluran maklumat sentiasa dipelbagaikan agar maklumat dapat disampaikan dengan pantas.
Pada masa ini, semua sektor sedang mengalami perubahan dan kemajuan dalam ledakan transformasi teknologi Revolusi Industri 4.0 (I.R 4.0). Sehubungan itu, institusi pendidikan kemahiran juga sedang berkembang dengan pesat seiring perkembangan semasa. Sebagai sebuah institusi TVET (Technical & Vocational Education Training) di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) yang berada di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM), ILP KK sentiasa bersedia untuk memberikan latihan kemahiran kepada belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan orang perseorangan dikalangan industri atau sektor awam yang berminat untuk menjalani ‘re-skilling, up—skilling atau cross-skilling’. Usaha ini dilaksanakan adalah bagi memastikan negara dapat menyediakan tenaga mahir yang berdaya saing selaras dengan Visi dan Misi Jabatan Tenaga Manusia.
Akhir kata, selamat melayari laman web ILP KK dan semoga laman web ini dapat memberikan manfaat dalam menyampaikan informasi yang diperlukan. Pihak ILP KK mengalu-alukan kepada semua untuk menghubungi pihak ILP KK secara terus sekiranya memerlukan apa-apa maklumat lanjut.
Selamat Melayari Portal Rasmi Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu.
"Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan"
Ts. Sudirman bin Hammade,
Pengarah ILP Kota Kinabalu