Pihak ADTEC JTM Kampus Kota Kinabalu berbesar hati menerima jemputan dan untuk mengadakan pertemuan empat mata dengan pengurusan tertinggi 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐟𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐬𝐢𝐫, 𝐌𝐚𝐧𝐚𝐠𝐢𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐫𝐞𝐜𝐭𝐨𝐫, 𝐃𝐏𝐖 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐒𝐝𝐧. 𝐁𝐡𝐝. Rombongan ADTEC JTM Kampus Kota Kinabalu diketuai Ts. Sudirman bin Hammade, Pengarah ditemani En. Ag. Yusof bin Ag. Damit. Timb Pengarah Operasi dan En Kasuadi Bujang, Unit CESS.
Dalam pertemuan singkat tersebut, pihak DPW Sabah ingin mengadakan kerjasama dua hala dengan pihak ADTEC JTM Kampus Kota Kinabalu dalam pembangunan latihan dan mempersijilkan pekerja-pekerja DPW Sabah sediada. Hasrat pihak DPW Sabah adalah agar dengan adanya persijilan kepada pekerja-pekerja tersebut mampu menjadi pemangkin peningkatan karier mereka di masa depan.
Selain itu, pihak DPW Sabah turut menyatakan hasrat untuk memeterai Perjanjian Kerjasama dengan ADTEC JTM Kampus Kota Kinabalu agar program yang dirangka kelak mampu dilaksana dan menjadi penanda kerjasama kedua-dua belah pihak.
“𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝐤𝐚𝐧 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻, 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗲𝗺𝗮𝗿𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧” “𝗘𝗺𝗽𝗼𝘄𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀, 𝗜𝗴𝗻𝗶𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗙𝘂𝘁𝘂𝗿𝗲𝘀”
#𝐒𝐤𝐢𝐥𝐥𝐬𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝟐.𝟎 #𝐒𝐤𝐢𝐥𝐥𝐬𝟒𝐀𝐥𝐥
#𝐄𝐧𝐡𝐚𝐧𝐜𝐢𝐧𝐠𝐒𝐤𝐢𝐥𝐥𝐬𝐀𝐩𝐩𝐫𝐞𝐜𝐢𝐚𝐭𝐢𝐧𝐠𝐓𝐚𝐥𝐞𝐧𝐭
#𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐢 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫𝐧𝐲𝐚