Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu telah mengadakan Majlis Amanat dan Pelepasan Kontinjen bagi menyertai Kejohanan Kejohanan Sukan ILJTM Wilayah Timur (SWIT) XI yang bakal berlangsung di Sandakan.

Majlis tersebut dimulakan dengan amanat daripada Ketua Kontinjen, Encik Zulkarnain Yazed, yang memberikan kata-kata semangat kepada para atlet. Seterusnya, ucapan oleh Tuan Pengarah ILP Kota Kinabalu, Ts. Sudirman bin Hammade, menekankan kepentingan semangat kesukanan, disiplin, dan kerjasama sebagai kunci kejayaan dalam mewakili institut.

Seramai 120 orang atlet dan pegawai mewakili ILP Kota Kinabalu dalam kejohanan ini, melibatkan penyertaan dalam pelbagai acara sukan.

Selamat maju jaya kepada seluruh kontinjen ILP Kota Kinabalu. Teruskan usaha dan semangat juang demi kejayaan bersama.

#ILPKotaKinabalu

#SWITXI

#ILJTM

#MajulahSukanUntukILJTM

#KontinjenILPKK