Pada 7 Mac 2025 (Jumaat), ADTEC JTM Kampus Kota Kinabalu bersama ADABI SABAH Distribution Sdn. Bhd telah menganjurkan program Bubur Lambuk dan Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Masjid Al-Falah ADTEC JTM Kampus Kota Kinabalu. Sebanyak 10 buah periuk bubur lambuk berjaya dimasak, dengan menghasilkan hampir 3000 pek bubur lambuk yang diagihkan kepada agensi-agensi kerajaan serta penduduk setempat. Program ini melibatkan semua kakitangan dan pelajar, bergotong royong dari segi penyediaan bahan-bahan, memasak, membungkus dan mengagihkan kepada semua. Program bermula seawal 7.30 pagi dan berakhir sebelum waktu Solat Jumaat.
03/07/2025