KEMBALI

Pengenalan Kepada Kursus Jangka Pendek

Pengenalan Kepada Kursus Jangka Pendek

LATAR BELAKANG

Bertonggakkan kepada Visi, Misi dan Objektif Jabatan Tenaga Manusia, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu bukan sahaja menawarkan kursus sepenuh masa kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), malah turut menawarkan kursus jangka pendek (KJP) bagi mencapai matlamat penubuhan ILP Kota Kinabalu melahirkan pekerja mahir bagi sektor perindustrian negara.

TAKRIFAN

KJP kebiasaannya dilaksanakan pada hujung minggu atau luar waktu pejabat mengikut kesesuaian pelanggan dalam usaha memberi latihan dan pembelajaran sepanjang hayat terutamanya kepada golongan pekerja dan orang awam. Pelaksanaan KJP juga menyokong aspirasi Kerajaan untuk mempersijilkan pekerja sedia ada dalam program Upskilling and Reskilling.

PERSIJILAN

Sijil Peningkatan Kemahiran akan diberikan kepada peserta yang menamatkan KJP dengan jayanya. Di samping itu, peserta juga layak mendapat sijil kompetensi daripada badan pensijilan seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan lain-lain bergantung kepada penetapan syarat dan kaedah pelaksanaan KJP yang ditawarkan.

SYARAT KELAYAKAN PESERTA

Semua kursus yang ditawarkan adalah tertakluk kepada pra-syarat kelayakan setiap kursus berkaitan. Walau bagaimanapun, kursus-kursus khas di mana kerajaan membiayai latihan tersebut secara sasar seperti kursus-kursus di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) dan Program Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), adalah terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja.



Kongsi :