KEMBALI

Bengkel Penulisan Manuskrip Buku bagi tahun 2024 di Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu

Bengkel Penulisan Manuskrip Buku bagi tahun 2024 di Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu

ILP Kota Kinabalu dengan kerjasama Ikatan Penulis Sabah menganjurkan Bengkel Penulisan Manuskrip Buku yang disertai 18 orang tenaga pengajar ILP KK. Bengkel dikendalikan sendiri oleh Ketua 1 Ikatan Penulis Sabah iaitu Ustaz Awang Abdul Muizz Awang Marusin yang menerangkan kaedah utama bagi menghasilkan sebuah buku.

Bertuahnya bengkel ini menerima perkongsian pengalaman penulisan daripada Sasterawan Negeri Sabah, Tuan Hj Sukor Hj Usin atau nama pena beliau Hasyuda Abadi.

Dalam  sesi ini juga, Penolong Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sabah, Puan Noorzanani binti Hj Kata menyampaikan kaedah dan maklumat penting tentang penulisan buku untuk diterbitkan di bawah DBP serta cara dan manfaat sumbangan penulisan ke dalam portal dan majalah terbitan DBP sama ada bercetak atau ke dalam portal-portal DBP seperti Wadah DBP dan Jendela DBP.

Semoga langkah pertama ini membuka jalan bagi penghasilan buku ilmiah ataupun kreatif dari kalangan kakitangan ILP KK.

Kongsi :