Rombongan 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐔𝐌𝐀 𝐂𝐒𝐑 𝐈𝐋𝐏 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐧𝐚𝐛𝐚𝐥𝐮 diketuai oleh Ts. Nor Mohamad bin Sulong, Timbalan Pengarah Latihan, bersama Ts. Stevenson bin Guramun, Ketua Jabatan Mekanikal, En. Jefrry Fredory (Bengkel Elektrik), En Jupili bin Waimin (Unit CESS) dan En Kasuadi bin Bujang (Unit CESS) telah 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐤𝐞 𝐒𝐌𝐊 𝐈𝐧𝐚𝐧𝐚𝐦 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐚𝐦 𝐂𝐒𝐑 rentetan kunjungan mesra pengurusan SMK Inanam pada 14 April 2025 yang lepas.

Diiringi oleh En Adrian(PKHEM), rombongan ILP Kota Kinabalu dibawa untuk melihat sendiri kerosakan dan pembaikan yang perlu di bahagian yang terlibat terutama Surau, Bilik Pam dan Bilik Kesihatan. Kesemua bahagian yang terlibat memerlukan pendawaian semula bagi memastikan keselamatan penggunaan bilik tersebut.

Selain itu, pihak sekolah SMK Inanam juga memohon jasa ILP Kota Kinabalu untuk membuat pembaikan kecil pada tiang bola jaring untuk kegunaan pelajar terutama untuk persediaan bagi kejohanan sukan dalam masa terdekat.

Semoga sumbangan kecil daripada ILP Kota Kinabalu ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan keselamatan dan memastikan suasana pembelajaran pelajar-pelajar SMK Inanam berada dalam keadaan selamat dan kondusif.

“𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝐤𝐚𝐧 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻, 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗲𝗺𝗮𝗿𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧” “𝗘𝗺𝗽𝗼𝘄𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀, 𝗜𝗴𝗻𝗶𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗙𝘂𝘁𝘂𝗿𝗲𝘀”