Alhamdulillah, majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat ILP Kota Kinabalu telah berlangsung dengan penuh meriah dan suasana kekeluargaan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah ILP Kota Kinabalu, Ts. Sudirman bin Hammade.
Lebih kurang 15 reruai telah mengambil bahagian, masing-masing menyajikan pelbagai juadah istimewa seperti kuih-muih tradisional, kek, sate, pelbagai jenis nasi, minuman pelbagai perisa, dan banyak lagi. Suasana penuh warna-warni ini diserikan lagi dengan persembahan khas daripada para pelajar ILP Kota Kinabalu, yang memukau para hadirin.
Majlis ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim antara warga ILP, malah turut menjadi platform untuk memupuk semangat kebersamaan dan perpaduan dalam suasana Syawal yang penuh keberkatan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada seluruh warga ILP Kota Kinabalu!