Seluruh warga pelajar ILP Kota Kinabalu telah bersama-sama menghayati detik penuh semangat dalam Bacaan Ikrar Belia Malaysia sempena sambutan Hari Belia Negara 2025 bertemakan "Yakin Boleh".
Bacaan ikrar ini telah dipimpin oleh Saudara Md Fadhillah dan disaksikan oleh Tuan Pengarah ILP Kota Kinabalu, Ts. Sudirman Hammade. Suasana dewan bergema dengan lafaz ikrar yang penuh tekad dan patriotisme, mencerminkan iltizam serta kesungguhan para belia dalam menyumbang kepada pembangunan negara.
Pelaksanaan ikrar ini adalah antara pengisian utama program Semarak HBN peringkat nasional yang bertujuan menyemai semangat jati diri, perpaduan dan kepimpinan dalam kalangan belia teknikal dan vokasional.
Ayuh Belia, Yakin Boleh !