KEMBALI

Program Rewang Bubur Lambuk di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu

  • Program Rewang Bubur Lambuk di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu
  • 337664050_678707937391898_8467616923447657208_n
  • 337423891_3375288082734343_7253459561473191596_n
  • 337395029_784228862637394_5737538377914530822_n
  • 337552660_893716601959615_629250726985787848_n
  • 337242645_8987626837978393_602509442622792111_n
  • 337395029_784228862637394_5737538377914530822_n
  • 337664050_678707937391898_8467616923447657208_n
  • 337423891_3375288082734343_7253459561473191596_n
  • 337025163_923247159100025_6723158677288774306_n
  • 337862969_1414398689306901_4332496227442115832_n
  • 337395948_766180661394293_5551575936772287681_n
  • 337125536_246152241098467_3101486525863946872_n

Tradisi rewang memasak bubur lambuk bersempena bulan Ramadhan 1444H diteruskan lagi untuk tahun yang ke – 10 di ILP Kota Kinabalu anjuran Jawatankuasa Masjid Al – Falah, ILP KK dengan tajaan Adabi Sabah Distributors Sdn Bhd.

Bersama-sama turut menyertai gotong-royong tersebut adalah 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐓𝐬. 𝐌𝐮𝐬𝐭𝐚𝐩𝐡𝐚 𝐒𝐚𝐤𝐦𝐮𝐝, 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐌𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 , bersama – sama 𝐓𝐬 𝐒𝐮𝐝𝐢𝐫𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝𝐞, 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐈𝐋𝐏 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐧𝐚𝐛𝐚𝐥𝐮, 𝐃𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐇𝐣𝐡 𝐍𝐮𝐫𝐥𝐚𝐢𝐥𝐚 𝐒𝐚𝐢𝐝, 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 & 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐋𝐞𝐦𝐛𝐚𝐠𝐚 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐣𝐢 (𝐓𝐇), 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐣 𝐘𝐮𝐬𝐝𝐢 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐩, 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐋𝐞𝐦𝐛𝐚𝐠𝐚 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐣𝐢 (𝐓𝐇) 𝐝𝐚𝐧 𝐄𝐧. 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐫, 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐀𝐝𝐚𝐛𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐃𝐢𝐬𝐭𝐫𝐢𝐛𝐮𝐭𝐨𝐫𝐬 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝.
 

Sebanyak 10 kawah bubur lambuk telah berjaya disediakan untuk agihan kepada komuniti setempat dan kepada jemaah solat Jumaat di Masjid Al – Falah. Di majlis yang sama, Lembaga Tabung Haji turut menyampaikan sumbangan zakat sebanyak RM 10,000 kepada 100 orang pelajar Islam ILP Kota Kinabalu yang terpilih dan disampaikan oleh Datin Hjh Nurlaila Said selaku Pengarah Wilayah Sabah & Sarawak Lembaga Tabung Haji (TH). Selain itu, Tuan Ts. Mustapha Sakmud turut sudi menyumbangkan kurma untuk seluruh kakitangan dan pelajar ILP Kota Kinabalu.

Semoga program rewang bubur lambuk ini dapat diteruskan dalam tahun – tahun mendatang sebagai program ihya’ ramadhan di ILP Kota Kinabalu.
 
Kongsi :