KEMBALI

Kategori Kursus Jangka Pendek

Kategori Kursus Jangka Pendek

KURSUS MODULAR

Kursus modular ialah kursus jangka pendek yang dibangunkan berasaskan topik atau sub topik yang terkandung dalam Kurikulum Kursus Sepenuh Masa di ILP Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun, ILP Kota Kinabalu boleh menambah balk kandungan kursus modular berdasarkan perkembangan semasa di industri agar kandungan kursus tetap relevan dan memenuhi keperluan industri.

KURSUS CUSTOMISED

Kursus customised dibangunkan dengan merujuk kepada permintaan serta perbincangan dengan pelanggan. Pelanggan yang dimaksudkan ialah jabatan/agensi kerajaan, syarikat/industri, badan organisasi, pusat pengajian/latihan, institut/kolej/sekolah, kumpulan peserta dan apa jua entiti yang ingin menjalankan kursus berdasarkan kehendak dan keperluan masing-masing. ILP Kota Kinabalu boleh menawarkan kursus dengan menggunakan kepakaran dalaman ataupun kaedah outsourcing dalam pelbagai bidang sama ada kursus teknikal, bukan teknikal atau gabungan kedua-duanya. Walau bagaimanapun, lokasi pelaksanaan kursus customised kebiasaannya dilaksanakan di ILP Kota Kinabalu.

KURSUS PERSIJILAN PROFESIONAL

Kursus persijilan profesional ialah kursus dimana peserta akan mendapat sijil yang dianugerahkan atau diiktiraf oleh sesuatu badan yang mempunyai kuasa untuk mengawal sella pekerjaan dalam sesuatu bidang seperti:

  • Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Construction Industry Development Board (CIDB)
  • Suruhanjaya Tenaga (ST)
  • National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH)
  • Telekom Malaysia (TM)
  • The Welding Institute (TWI)


PROGRAM PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)/ Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) ialah satu kaedah bagi mengiktiraf mana-mana individu yang boleh membuktikan pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki memenuhi keterampilan seperti yang digariskan dalam NOSS. Bagi tujuan ini, mohon rujuk panduan JPK yang sedang berkuat kuasa.

PLACE AND TRAIN

Place and Train Ialah satu inisiatif untuk mendapatkan dan menyediakan pekerjaan kepada rakyat Malaysia terutamanya bagi siswazah, lepasan sekolah dan pekerja diberhentikan dengan menyertai kursus latihan berkaitan nilai tambah yang diperlukan oleh industri terpilih. Selepas tamat latihan, peserta akan ditempatkan di lndustri yang telah bersetuju pada awalnya untuk mendapatkan pekerja yang tertentu. Sebagai contoh Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) iaitu konsep latihan yang dibangunkan oleh JPK, di mana latihan ini menggabungkan aspek teori dan amali yang dijalankan di ILP Kota Kinabalu dan di tempat kerja dengan kerjasama pihak majikan. Peserta yang mengikuti program ini digelar perantis. Latihan dilaksanakan dalam dua situasi pembelajaran iaitu:

  • Tempat  kerja  yang  sebenar  (syarikat) yang  merangkumi 70% hingga 80% latihan amali; dan
  • Pusat Latihan yang merangkumi 20% hingga 30% pembelajaran teori.


SEMINAR

Seminar ialah sesi syarahan kepada sekumpulan peserta yang biasanya dijalankan dalam kumpulan yang besar. Seminar ini merupakan perkongsian sesuatu topik dalam bidang tertentu dalam tempoh sekurang-kurangnya satu (1) jam yang dijalankan secara  bersemuka atau dalam talian.


Kongsi :

logo

OSHMS

logo

EKSA

logo

SCINTEX

logo

RESOURCE CENTRE