Teknologi Penyenggaraan Mekanikal

KURSUS: TEKNOLOGI PENYENGGARAAN MEKANIKAL
KOD: A01
PERSIJILAN:

  • SKM Tahap 3
  • Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP)

KETERANGAN KURSUS

  • Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menggunakan alat alat tangan (hand tools) bagi kerja-kerja asas logam, teknik-teknik kimpalan arka & gas, fabrikasi logam, menyelenggara dan merawat pelbagai jenis mesin selain penggunaan pelbagai jenis mesin pneumatik & hidraulik.

SYARAT AM KEMASUKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 hingga 35 tahun;
  • Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat khas kursus);
  • Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

SYARAT KHAS KURSUS

  • Berumur 17 hingga 35 tahun;
  • Memiliki SPM dengan:

         (a) Lulus Bahasa Melayu;

         (b) Lulus Matematik/ Matematik Tambahan;

         (c) Lulus Sejarah ; dan

         (d) Lulus satu (1) subjek lain selain (a),(b) dan (c)

  • Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran

TEMPOH PENGAJIAN

  • 27 bulan

PELUANG KERJAYA

  • Juruteknik Penyelenggaraan atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang penyelenggaraan mekanikal di sektor Pengilangan. Pelajar juga berpeluang menyambung pengajian ke tahap Diploma di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia yang ditawarkan.

IMG_0662