Kursus Sepenuh Masa

Kursus yang ditawarkan oleh ILP Kota Kinabalu

Senarai Kursus Sepenuh Masa adalah seperti berikut:-

ILPKK telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai sebahagian daripada Program Persijilan Kemahiran Kebangsaan untuk menjalankan latihan dan penilaian dalam program kemahiran tertentu pada tahap kemahiran yang berbeza yang akhirnya membawa kepada penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan latihan modul berdasarkan sukatan pelajaran atau silibus yang dibangunkan oleh Jabatan Tenaga Manusia yang selaras dengan kehendak NOSS. Takrif sukatan pelajaran, NOSS dan SKM adalah seperti berikut:

  • Sukatan pelajaran kursus – berdasarkan NOSS yang terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran yang dibangunkan oleh Kepakaran Perindustrian Kebangsaan (NIE) dan tenaga pakar dari Institut Latihan Perindustrian seluruh Malaysia.
  • Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) -Singkatan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.

    Ciri-Ciri Utama NOSS:

    yes Berasaskan keperluan pekerjaan.
    yes Mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan.
    yes Disediakan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan pekerjaan.

  • SKM – Sijil Kemahiran Malaysia yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Antara faedah memiliki SKM adalah:
        yes Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
       yes Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding        dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
       yes Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk        mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Kemudahan Yang Ditawarkan:

  • Yuran latihan yang ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Tenaga Manusia
  • Elaun bulanan – RM100.00 (Bulanan) atau RM300.00 (Bagi pemegang kad OKU)
  • Elaun ketika menjalani latihan industri – RM300.00 (Bulanan)
  • Kemudahan seperti Asrama penginapan, perpustakaan, makmal komputer, kelas, kafe dan dewan makan, kemudahan sukan dan rekreasi serta makmal latihan disediakan.
  • Insurans dan kemudahan perubatan yang diatur oleh pihak institut
  • Kemudahan Wi-Fi di sekitar kampus.

Syarat Kemasukan:

Sila klik pada pautan kursus di atas bagi mengetahui syarat am dan syarat khas kemasukan mengikut kursus.