Cara Memohon

KURSUS SEPENUH MASA

PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN

  1. Sebarang permohonan untuk kemasukan ke Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia  (ILJTM) seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) atau Institut Teknikal Malaysia -Jepun (JMTI) hanya dilakukan melalui permohonan secara atas talian (Online).
  2. Sistem Permohonan atas talian ini hanya akan dibuka 2 kali setahun iaitu 3 bulan sebelum tarikh kemasukan ke ILJTM. Kemasukan pelajar baru ke semua ILJTM seluruh Malaysia dilakukan mengikut 2 sesi kemasukkan iaitu sesi 1 pada Januari dan sesi 2 pada Julai setiap tahun (sekiranya tiada sebarang perubahan).
  3. Sehubungan itu, para calon yang berminat dikehendaki melayari laman sesawang melalui pautan di bawah untuk maklumat lanjut. Iklan kemasukan ke ILJTM hanya akan dipaparkan pada laman web apabila permohonan kemasukan baru dibuka.
  4. Selain daripada permohonan kemasukan ke ILJTM, para pemohon juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat yang lain melalui sistem di bawah seperti semakan panggilan dan sesi temuduga, semakan keputusan permohonan untuk kemasukkan ke ILJTM dan lain-lain lagi.
  5. Sila layari Sistem Permohonan Kemasukan ke ILJTM melalui pautan di bawah:

 >>Sistem Permohonan Kemasukan ke ILJTM secara atas talian<<

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pengurusan Latihan JTM di talian: 03-8886 5551 /5556 / 5577 / 5482 /5580 / 2418

PERMOHONAN SECARA TERUS MELALUI PEJABAT PENTADBIRAN ILP KOTA KINABALU

  1. Sebarang permohonan baru untuk kemasukan ke ILJTM HENDAKLAH DILAKUKAN MELALUI SISTEM ATAS TALIAN di atas. Namun, permohonan secara terus melalui Institut juga boleh di lakukan sekiranya terdapat sebab-sebab serta alasan yang munasabah dan pemohon DIKEHENDAKI DATANG SENDIRI ke pejabat pentadbiran ILPKK untuk membuat permohonan.
  2. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memohon melalui Sistem Permohonan Kemasukan ke ILJTM Secara Atas Talian di atas. Pemohon yang membuat permohonan secara terus melalui Institut HANYA AKAN MEMPEROLEH SURAT TAWARAN kemasukan sekiranya terdapat kekosongan setelah keputusan permohonan melalui Sistem Permohonan Kemasukan ke ILJTM secara atas talian diumumkan dan pemohon telah melepasi syarat-syarat kemasukkan yang telah ditetapkan.
  3. Permohonan secara terus boleh dilakukan sepanjang tahun dan permohon digalakkan untuk sentiasa melawat web atau terus hubungi ILPKK untuk mendapat maklumat terkini dari semasa ke semasa.
  4. Borang yang diterima selepas tarikh tutup pemohonan akan dipertimbangkan terlebih dahulu berdasarkan kepada kekosongan sedia ada (jika kuota ambilan semasa masih belum dipenuhi selepas pemohonan atas talian selesai dipilih).
  5. Borang lengkap perlu dikembalikan ke pejabat pentadbiran sama ada mengunakan khidmat faks, Pos Laju, Pos Express atau menghantar terus ke pejabat ILPKK.
  6. Pemohonan yang tidak mendapat respon selepas enam bulan dari tempoh borang dihantar atau seminggu dari tarikh pendaftaran ambilan baru diumumkan dikira sebagai pemohonan yang gagal. Pemohon digalakkan untuk membuat pemohonan baru untuk memastikan kursus yang dipohon masih dijalankan.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan,boleh hubungi ILPKK pada waktu pejabat di talian 088-499825. Pihak ILPKK sentiasa bersedia untuk menjawab segala kemusykilan anda.

KURSUS SEPARUH MASA

Pengambilan bagi kursus separuh masa dilakukan melalui dua kaedah iaitu melalui Sistem Pengurusan Kursus Jangka Pendek (eKJP) secara atas talian (Online) atau pemohon boleh memohon secara manual dengan mengisi borang yang disediakan di kaunter khidmat pelanggan ILPKK atau boleh menghubungi pihak ILPKK di talian 088-499825. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan senarai kursus jangka pendek yang dianjurkan serta syarat-syarat kursus, calon yang berminat boleh melayari Sistem Pengurusan Kursus Jangka Pendek (eKJP) melalui pautan di bawah atau boleh hubungi pihak ILPKK melalui talian 088-499825.

>>Sistem Pengurusan Kursus Jangka Pendek (eKJP)<<