Perutusan Ketua Pengarah JTM

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Penekanan Kerajaan terhadap Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional atau ringkasnya TVET (Technical and Vocational Education and Training) adalah untuk melahirkan lebih ramai graduan TVET bagi memenuhi keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang diunjurkan akan meningkat sehingga 35% menjelang tahun 2020.

Dalam mendokong hasrat Kerajaan ini, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) sentiasa memastikan agar visi dan misi jabatan untuk melahirkan tenaga kerja mahir Negara yang berdaya saing tinggi, dirangka dan dilaksanakan secara strategik dan berkesan melalui program-program yang ditawarkan di semua institut latihan JTM di seluruh Negara.

Sehubungan itu, portal laman web rasmi JTM dibangunkan sebagai salah satu medium untuk menyampaikan maklumat terkini secara online bagi meningkatkan pendedahan TVET supaya mudah diakses oleh orang awam dan pekerja industri yang ingin meningkatkan skil dan kemahiran dalam bidang-bidang teknikal dan vokasional. Melalui laman web ini, pengguna boleh mendapatkan maklumat tentang peringkat dan jenis-jenis program/kursus yang ditawarkan di institut latihan JTM, iklan kemasukan, syarat-syarat permohonan dan perkembangan lain yang berkaitan.

Saya berharap agar laman web JTM ini akan dapat memberi manfaat kepada semua khususnya berkaitan pengetahuan dan penekanan TVET untuk mendukung hasrat Kerajaan ke arah Negara maju dan berpendapatan tinggi.

Terima kasih.

Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi“

YBHG. DATUK MUHD KHAIR RAZMAN BIN MOHAMED ANNUAR
Ketua Pengarah
Jabatan Tenaga Manusia