Bahagian Khidmat Pengurusan

Objektif Bahagian

Mengurus dan menyelaras tindakan-tindakan yang perlu dilakukan berkaitan dengan pentadbiran, personal, pusat sumber, kewangan dan penyelenggaraan stor diurus dengan sistematik dan terkini.

Unit-unit yang bertanggungjawab di bahagian khidmat pengurusan ialah:-

Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia

  1. Mengurus perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan personel termasuk pusat sumber dan asrama.
  2. Menyelenggara sistem fail dan dokumen.

Unit Kewangan

  1. Pengurusan kewangan ILP Kota KInabalu secara keseluruhan.
  2. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus dan pembangunan tahunan dan laporan perbelanjaan setiap bulan.
  3. Mengawal perbelanjaan peruntukan menyelenggara akaun dan rekod kewangan.

Unit Stor dan Rekod

  1. Penyelenggaraan stor pusat ILP Kota Kinabalu termasuk memesan, menerima dan menyelenggara barang di stor.
  2. Menyelenggara sistem fail dan rekod.