Perutusan Pengarah

Pengarah ILPKKSelamat datang ke Laman Web Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK). ILPKK telah mengalami perubahan yang drastik bermula dari sebuah institut yang hanya dapat menampung bilangan pelajar yang rendah pada tahun 2000, kini telah menjadi antara institut terbesar dengan enrolmen melebihi 600 orang pelajar dalam satu masa.

Memberi latihan kemahiran bertaraf dunia kepada pelajar merupakan teras misi dan visi institut ini. Kejayaan institut ini dalam melahirkan tenaga-tenaga kerja mahir dan separuh mahir mengikut keperluan industri terbukti dengan permintaan yang tinggi daripada pihak-pihak luar terhadap pelajar-pelajar institut ini.

Selain itu, ramai pelajar lepasan ILPKK telah menjadi usahawan berjaya sekaligus mengukuhkan lagi bukti ILPKK merupakan institut yang dapat melahirkan pelajar yang berkualiti dan cemerlang. ILPKK memperkenalkan kursus-kursus baru dan mempertingkatkan kemudahan latihannya seiring dengan fenomena dunia maju kini.

Alaf baru menyaksikan perubahan fizikal ILPKK dimana program penaiktarafan institut akan terus menjamin komitmen kakitangan terhadap keberkesanan program-program latihannya. Kecemerlangan ILPKK yang berterusan telah melayakan institut ini mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2008. Pengiktirafan ini menjamin pelanggan-pelanggan ILPKK disajikan dengan perkhidmatan dan produk yang berkualiti mengikut standard yang telah ditetapkan untuk mengukuhkan lagi kecermelangan institut ini.

Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini, tahun 2001 menjadi saksi kemudahan internet melengkapi ILPKK. Kesinambungan daripada itu, adalah menjadi matlamat institut untuk menyediakan proses pembelajaran modul-modul yang ditawarkan secara atas tallian iaitu e-training yang boleh dilayari oleh semua warga ILPKK dan orang ramai pada suatu masa nanti.

Perancangan rapi, komitmen, semangat berpasukan dan usaha yang berterusan dikalangan warga ILPKK diperlukan untuk memastikan matlamat yang digubal dapat dikecapi dengan cemerlang. Kepada warga ILPKK, percayalah kita mampu mengukir sesuatu yang menakjubkan jika kita bersungguh-sungguh dalam menjayakannya. Akhir kata, selamat mengunjungi laman web Institut Perindustrian Kota Kinabalu yang menjadi jambatan maklumat kepada latihan teknologi industri tanah air.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 Ke Arah Generasi Berbudaya

MUSTAL BIN MAKMUD
Pengarah
Institut Latihan Perindustrian
Kota Kinabalu