Teknologi Elektrik

KURSUS: SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK
KOD BIDANG : B01
PERSIJILAN:
  • ​SKM Tahap 1 & 2
  • Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP)
  • Sijil Suruhanjaya Tenaga Malaysia (PW2)
KETERANGAN KURSUS (sepenuh masa)
Kaedah latihan/kursus peringkat sijil adalah berteraskan kemahiran di mana 70% ialah latihan amali dan 30% pengajaran teori. Dalam kursus ini, pelajar akan diajar berkaitan asas elektrik, pendawaian elektrik 1 fasa , pendawaian elektrik 3 fasa, kawalan motor, akta bekalan elektrik berkaiatan dan teknologi solar.
SYARAT
  •  Berumur 17 hingga 35 tahun
  • Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS dalam subjek:
    1. Bahasa Melayu;
    2. Matematik/ Matematik Tambahan; dan
    3. Sains/ Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik/Kimia/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Pendawaian Domestik/ Menservis Peralatan Elektrik Domestik/ Prinsip Elektrik & Elektronik/Aplikasi Elektrik & Elektronik/ Teknologi Elektrik/Pemasangan Kawalan Elektrik/ Lukisan Geometri &Elektrik.

**Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpaalat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja‐kerja amali dan sesi pembelajaran.

 TEMPOH PENGAJIAN
  •  24 bulan (termasuk OJT)
PELUANG KERJAYA
  • Pelajar lepasan kursus ini mempunyai peluang kerjaya seperti:
  1. Juruteknik elektrik
  2. Skill industrial trainer
  3. Penyelia (supervisor) atau pekerjaan lain yang berkaitan
  4. Usahawan (kontraktor elektrik)