Dasar Privasi

Dasar Privasi ILPKK

ILP Kota Kinabalu tidak akan bertanggungjawab terhadap masalah atau sebarang perkara yang berkaitan semasa melayari laman ILP Kota Kinabalu yang berada di luar kawalan ILP Kota Kinabalu. Maklumat yang kami sediakan adalah berkaitan dengan pengurusan ILP Kota Kinabalu sendiri dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak ILP Kota Kinabalu.

Privasi anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.

Maklumat Yang Dikumpul

Laman Web ILP Kota Kinabalu mempunyai dasar privasinya sendiri, iaitu dasar privasi ini hanya digunakan atau terpakai untuk laman web ini sahaja. Pihak ILP Kota Kinabalu tidak mengumpul, merekod atau menyimpan maklumat peribadi pelayar laman web tanpa transaksi pelayar dengan sistem ILP Kota Kinabalu.

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel dan juga data peribadi bertujuan untuk permohonan kemasukan atas talian pelajar. Data berkaitan dengan permohonan tersebut akan di hapuskan sepenuhnya dalam tempoh satu (1)  tahun.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.