Soalan Lazim (FAQ)

1. Apakah kursus-kursus yang ditawarkan oleh ILP Kota Kinabalu?

Kursus-kursus ditawarkan adalah seperti berikut:-

2. Mengapa saya harus pilih ILP Kota Kinabalu sebagai Institusi pilihan pertama?

  • Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu harus menjadi pilihan pertama anda kerana anda akan dibekalkan dengan latihan kemahiran yang teratur berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS), dibantu pula dengan tenaga pengajar yang mahir serta kemudahan peralatan latihan yang canggih dan terkini selaras dengan pembangunan industri.

3. Apakah kelayakan yang membolehkan seseorang itu memohon untuk mengikuti latihan di ILP Kota Kinabalu?

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 17 tahun ke atas
  3. Mempunyai kelulusan akademik sekurang-kurangnya lulus SPM. (Kelayakan ini adalah tertakluk kepada kursus yang dipohon.
  4. Sila rujuk kelayakan akademik dalam keterangan kursus.

4. Saya berminat untuk melanjutkan pelajaran di ILP Kota Kinabalu. Di manakah dan bagaimanakah caranya untuk saya membuat permohonan ke ILP ini?

  • Permohonan ke ILJTM dibuka untuk sepanjang tahun secara atas talian (online) di laman web Jabatan Tenaga Manusia atau boleh berhubung terus ke ILP Kota Kinabalu untuk mengisi borang.
  • Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai.
  • Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan pada sesi yang berkenaan akan diproses untuk kemasukan sesi yang akan datang.

5. Di manakah saya boleh menyambung pelajaran saya selepas tamat latihan di ILP Kota Kinabalu?

  • Anda boleh menyambung pelajaran ke institusi Latihan Kemahiran sama ada di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Belia dan Sukan dan MARA.
  • Antara institut di bawah JTM ialah Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI), dan Advanced Technology Training Centre (ADTEC). Institut berkenaan menawarkan latihan hingga keperingkat Diploma Lanjutan.
  • Lain-lain institut ialah seperti Malaysian-France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan lain-lain institusi yang menawarkan Diploma kemahiran.

6. Adakah sijil lulusan ILJTM di iktiraf oleh kerajaan Malaysia?

  • Sijil yang dikeluarkan oleh ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Sistem Pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  • Kebanyakan lulusan ILJTM tidak sukar untuk memperolehi peluang pekerjaan di pelbagai sektor.

7. Apakah sistem pembelajaran dan pentauliahan yang diamalkan di ILP Kota Kinabalu?

  • Para graduan lepasan ILP Kota Kinabalu akan di anugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia yang di keluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  • Silibus yang digunakan pula adalah berdasarkan kepada NOSS atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan oleh JPK dengan tambahan beberapa pakej pembelajaran oleh JTM yang membolehkan graduan dianugerahkan Sijil Teknologi JTM dalam masa yang sama.

8. Apakah perbezaan antara sistem kemahiran yang dijalankan antara ILP dan institusi aliran akademik?

  • Di ILP Kota Kinabalu proses pembelajaran adakah berdasarkan 70% kemahiran dan 30% teori.
  • Kebanyakan pembelajaran di sini memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan sendiri kerja-kerja bagi memberi pengalaman kepada mereka untuk menghadapi suasana kerja yang sebenar.
  • Untuk tujuan itu, makmal dan bengkel dilengkapi dengan mesin dan perlatan yang digunakan di dalam sektor industri.
  • Lepasan institut ini akan di anugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1, 2 dan 3 oleh JPK dan Sijil Teknologi oleh JTM.

9. Berapakah lamakah tempoh untuk menamatkan pelajaran disini?

  • Anda memerlukan tempoh antara 1 tahun 6 bulan hingga 2 tahun untuk melengkapkan pelajaran hingga SKM tahap 1, 2 dan 3 termasuk Latihan Industri selama 3 bulan berdasarkan kursus yang diikuti.

10. Bagaimana dengan penempatan pelajar?

  • ILP Kota Kinabalu menyediakan kemudahan asrama dengan percuma kepada semua pelajar ILP.
  • Asrama kami boleh memuatkan 600 penghuni dalam satu masa iaitu 400 lelaki dan 200 perempuan.
  • Makanan dan minuman dihidangkan 5 kali sehari untuk penghuni asrama secara percuma.

11. Apakah kemudahan yang disediakan untuk pelajar?

  • Bagi kemudahan latihan, Perpustakaan dan Pusat Sumber dengan kemudahan internet disediakan untuk pelajar semasa waktu bekerja.
  • Di setiap jabatan terdapat bengkel yang makmal yang dilengkapi dengan mesin dan peralatan untuk kegunaan latihan.
  • Selain dari itu kami juga menyediakan Dewan Kuliah dan Dewan Besar untuk digunakan bagi sebarang aktiviti yang dianjurkan.
  • Di asrama pula terdapat Dewan Makan, Surau dan kemudahan Sukan untuk keselesaan pelajar.

12. Berapakah bilangan ILJTM yang terdapat di Malaysia?