Teknologi CADD Senibina

interior_designer

KURSUS :TEKNOLOGI CADD SENIBINA
KOD: C01
PERSIJILAN :

  • SKM Tahap 2 & 3
  • Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP)

KETERANGAN KURSUS

  • Dalam kursus ini, pelajar akan dilatih merangka lukisan unjuran, keratan, perspektif, lukisan perincian, geometri dan lukisan kerja, ukuran bangunan, cara merekabentuk bangunan, kerja ukur tanah, penentu bayang, teknik mewarna lukisan persembahan dan undang-undang pembinaan.
  • Kelayakan adalah LULUS sekurang-kurangnya SPM atau setaraf dengannya dan lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dengan kepujian Matematik / Matematik Tambahan, Sains / fizik dengan lulus satu matapelajaran lain.

SYARAT AM KEMASUKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 hingga 35 tahun;
  • Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat khas kursus);
  • Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

SYARAT KHAS KURSUS

  • Berumur 17 hingga 35 tahun;
  • Memiliki SPM dengan:
  1. Lulus Bahasa Melayu;
  2. Lulus Matematik/ Matematik Tambahan;
  3. Lulus Sejarah ; dan
  4. Lulus satu (1) subjek lain selain (a),(b) dan (c)
  • Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran

TEMPOH PENGAJIAN

  • 2 tahun 3 bulan (termasuk OJT)

PELUANG KERJAYA

  • Pelajar yang menamatkan pengajian berpeluang untuk menjadi Pelukis Pelan Senibina atau pekerjaan lain yang berkaitan. Pelajar juga boleh menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Pusat Latihan Jabatan Tenaga Manusia.