Teknologi Automotif

KURSUS: TEKNOLOGI AUTOMOTIF

KOD: A11

PERSIJILAN: 

  • SKM Tahap 2 dan 3
  • Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP)

Keterangan Kursus

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menyelenggara, membaikpulih enjin, sistem pacuan, sistem brek, sistem stereng, sistem gantungan dan sistem penyaman udara,memasang komponen kenderaan dan memandu uji serta langkah-langkah atau prosedur keselamatan yang terlibat.

Syarat Am Kemasukan:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 hingga 35 tahun;
  • Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat khas kursus);
  • Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Syarat Khas Kemasukan:
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Memiliki SPM dengan:

          (a) Lulus Bahasa Melayu;

         (b) Lulus Matematik/ Matematik Tambahan;

         (c) Lulus Sejarah ; dan

         (d) Lulus satu (1) subjek lain selain (a),(b) dan (c)

  • Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
  • Bagi kemasukan terus ke tahap 3, pemohon hendaklah memiliki SKM Tahap 2 Teknologi Automotif.

Tempoh Pengajian

  • 27 Bulan termasuk 3 Bulan latihan praktikal di industri.

Peluang Kerjaya

  • Lulusan ILP mempunyai peluang kerjaya yang cerah dan menarik di pusat servis kenderaan, kilang pemasangan kereta atau membuka bengkel sendiri. Mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan di institusi–institusi kemahiran lanjutan seperti ADTEC, JMTI, GMI, MFI dan IKTBN.