Unit Pengajian Am

Unit ini merupakan pelengkap pada sistem CGPA bagi pelajar-pelajar di Institut Latihan Perindustrian di samping Subjek Teras.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan mutu dan kualiti tenaga kerja mahir di bidang latihan memenuhi permintaan softskill sektor perindustrian.
  • Meningkatkan pengetahuan pekerja-pekerja industri dalam bidang pengajian umum bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara.
  • Menambah nilai dalam memudahkan para graduan mendapat pekerjaan.

SUBJEK
Antara subjek-subjek yang ditawarkan dalam unit ini ialah:

  1. Matematik Kejuruteraan
  2. Sains Kejuruteraan
  3. Bahasa Inggeris
  4. Aplikasi Komputer
  5. Pendidikan Islam
  6. Pendidikan Moral