Unit Komuniti & Khidmat Sokongan Pekerjaan (CESS)

Unit Komuniti dan Khidmat Sokongan Pekerjaan adalah merupakan satu organisasi yang bertanggungjawab bagi memastikan pelajar-pelajar yang akan menamatkan latihan di ILP Kota Kinabalu akan mendapatkan pekerjaan. Unit ini akan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan kepada pelajar untuk menetapkan laluan kerjaya mereka.

Objektif CESS

  • Bertindak sebagai medium perhubungan dengan syarikat-syarikat di sekitar ILP Kota Kinabalu dalam mempromosikan pelajar keluaran ILJTM.
  • Menguruskan semua hal ehwal kerjasama antara industri dan institut serta meningkatkan penyertaan pihak industri dalam latihan yang dijalankan di ILJTM.
  • Memberi keyakinan kepada industri bahawa pelajar keluaran ILJTM adalah berkualiti dan memastikan pelajar-pelajar ILJTM mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan latihan.

Fungsi

1. Kaunselor dan Kerjaya

  • Menyediakan perkhidmatan kaunseling.
  • Membantu dalam pelajar dalam proses pendaftaran pekerjaan (Jobs Malaysia Point).
    Mengadakan seminar / bengkel pembangunan kerjaya.
  • Membantu menyebarkan maklumat pekerjaan yang ditawarkan oleh mana-mana majikan atau syarikat kepada pelajar dan bekas pelajar yang sedang belajar ataupun telah menamatkan kursus.
  • Bekerjasama dengan mana-mana syarikat yang ingin mengadakan taklimat berkenaan peluang pekerjaan sekaligus menawarkan peluang pekerjaan dan ingin mengadakan temuduga terbuka kepada pelajar.
  • Bekerjasama dengan mana-mana IPTS/IPTA yang ingin mengadakan taklimat kepada pelajar ILP Kota Kinabalu berkenaan peluang yang ada untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi sesuai dengan kelulusan dan kemahiran yang ada pada pelajar.

2. ALUMNI

  • Melaksanakan kajian pengesanan graduan
  • Urusetia kepada ALUMNI ILPKK
  • Menjadi hubungan kepada lepasan pelajar ILPKK

3. Hebahan dan Promosi Pengambilan Pelajar

  • Melaksanakan aktiviti promosi melalui pameran, taklimat dan ceramah kepada sekolah dan komuniti setempat berkenaan kemudahan yang ada dan peluang untuk mengikuti kursus sepenuh masa atau kursus jangka pendek yang ditawarkan di ILJTM khususnya di ILP Kota Kinabalu.
  • Mengandalikan program lawatan dari mana-mana pihak luar yang ingin melawat ILP Kota Kinabalu.