Teknologi Komputer (Rangkaian)

KURSUS: TEKNOLOGI KOMPUTER (RANGKAIAN)
KOD: F02
PERSIJILAN:

  • SKM Tahap 3
  • Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP)

Keterangan Kursus:
Kursus yang ditawarkan akan memberi pendedahan kepada pelajar dalam bidang rangkaian komputer, di mana pelajar akan mempelajari teori (30%) dan praktikal (70%). Pelajar akan didedahkan kepada teknologi terkini rangkaian komputer dan akan dilatih berorientasikan alam pekerjaan. Mereka yang mengikuti kursus teknologi komputer (rangkaian) akan diajar tentang komponen rangkaian, teknik pengurusan kabel komputer, kaedah pemasangan dan pengujian komputer, pemasangan pelayan, konfigurasi peralatan tanpa wayar, asas pemasangan kabel gentian, konfigurasi teknologi dan penyelesaian masalah elektronik mudah alih, sistem pengoperasian sumber terbuka, asas pengaturcaraan, penyelenggaraan rangkaian dan kemahiran dalam pengurusan. Setelah selesai pensijilan Tahap 3 (SKM), pelajar berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat diploma (DKM) di pusat latihan seperti ADTEC (institusi awam) atau institusi swasta yang berkaitan. Terdapat peluang pekerjaan di sektor swasta dan kerajaan bagi mereka yang berjaya menamatkan kursus ini.

Syarat Am Kemasukan:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 hingga 35 tahun;
  • Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat khas kursus);
  • Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Syarat Khas Kemasukan:
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Memiliki SPM dengan:

          (a) Lulus Bahasa Melayu;

         (b) Lulus Matematik/ Matematik Tambahan;

         (c) Lulus Sejarah ; dan

         (d) Lulus satu (1) subjek lain selain (a),(b) dan (c)

  • Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

TEMPOH PENGAJIAN

  • 1 Tahun 9 Bulan (Termasuk 3 bulan latihan praktikal di Industri)

PELUANG KERJAYA

Bidang komputer dan rangkaian terus berkembang di seluruh dunia, didorong oleh pertumbuhan pengkomputeran dalam perusahaan, perniagaan atas talian serta peningkatan penggunaan peranti komunikasi mudah alih. Maka permintaan pekerjaan dalam industri komputer dan rangkaian adalah tinggi dan sentiasa berkembang.
Antara peluang pekerjaan yang berkaitan dalam bidang ini ialah:

  • IT Helpdesk
  • Juruteknik Rangkaian
  • Pegawai Sokongan Pelanggan