Teknologi Elektronik Industri

KURSUS : TEKNOLOGI ELEKTRONIK INDUSTRI
KOD BIDANG : B05

PERSIJILAN:
  • SKM Tahap 3
  • Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP)
KETERANGAN KURSUS
  • Kaedah latihan/kursus peringkat sijil adalah berteraskan kemahiran di mana 70% ialah latihan amali dan 30% pengajaran teori. Dalam kursus ini, pelajar akan diajar berkaitan asas elektronik, sistem analog dan digital, programmable logic controller (PLC), mikro pemproses dan penghasilan projek elektronik.

SYARAT AM KEMASUKAN 

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 hingga 35 tahun;
  • Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat khas kursus);
  • Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

SYARAT KHAS KURSUS 

  • Berumur 17 hingga 35 tahun;
  • Memiliki SPM dengan:
  1. Lulus Bahasa Melayu;
  2. Lulus Matematik/ Matematik Tambahan;
  3. Lulus Sejarah ; dan
  4. Lulus satu (1) subjek lain selain (a),(b) dan (c)
  • Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran

TEMPOH PENGAJIAN

  •  24 bulan (3 bulan OJT)
PELUANG KERJAYA
  • Pelajar lepasan kursus ini mempunyai peluang kerjaya seperti berikut:
  1. Juruteknik elektronik
  2. Juruteknik Hydraulik dan Pneumatik
  3. Penyelia (supervisor) atau pekerjaan lain yang berkaitan