Teknologi Elektrik

KURSUS: SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK (3 Fasa) 
KOD BIDANG : B19
PERSIJILAN:
  • ​SKM Tahap 2 & 3
  • Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP)
  • Sijil Suruhanjaya Tenaga Malaysia (PW4)
KETERANGAN KURSUS (sepenuh masa)
 
Kaedah latihan/kursus peringkat sijil adalah berteraskan kemahiran di mana 70% ialah latihan amali dan 30% pengajaran teori. Dalam kursus ini, pelajar akan diajar berkaitan asas elektrik, pendawaian elektrik 1 fasa , pendawaian elektrik 3 fasa, kawalan motor, akta bekalan elektrik berkaiatan dan teknologi solar.
 
SYARAT AM KEMASUKAN
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 hingga 35 tahun;
  • Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat khas kursus);
  • Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

SYARAT KHAS KURSUS

  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Memiliki SPM dengan:

        (a) Lulus Bahasa Melayu;

        (b) Lulus Matematik / Matematik Tambahan;

        (c) Lulus Sains/Sains Tambahan/Sains Gunaan/Fizik/Kimia atau subjek teknikal berikut:

        – Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

        – Pendawaian Domestik

        – Menservis Peralatan Elektrik Domestik

        – Prinsip Elektrik & Elektronik

        – Aplikasi Elektrik & Elektronik

        – Teknologi Elektrik

        – Pemasangan Kawalan Elektrik

        – Lukisan Geometri & Elektrik; dan

        (d) Lulus Sejarah

  • Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
 TEMPOH PENGAJIAN
  •  24 bulan (termasuk OJT)
PELUANG KERJAYA
  • Pelajar lepasan kursus ini mempunyai peluang kerjaya seperti:
  1. Juruteknik elektrik
  2. Skill industrial trainer
  3. Penyelia (supervisor) atau pekerjaan lain yang berkaitan
  4. Usahawan (kontraktor elektrik)