Jabatan Elektrik dan Elektronik

elektrik

Latar Belakang Jabatan

Jabatan Elektrik dan Elektronik telah ditubuhkan pada tahun 1999 bertujuan bagi memenuhi permintaan yang amat baik di kalangan lepasan pelajar sekolah dan pekerja industri yang berminat untuk memperoleh kemahiran dalam bidang elektrikal dan elektronik secara bersistematik serta selari dengan kehendak dan keperluan industri. Bagi memastikan latihan kemahiran yang dilaksanakan sentiasa selari dengan kehendak industri, Jabatan Elektrik dan Elektronik telah menjalin kerjasama dengan beberapa industri seperti ILSAS, SESB, INSTEP, PETRONAS (Sabah Carigali) dan Markas Angkatan Kapal Selam (TLDM).

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  1. Teknologi Elektrik (SKM tahap 1, 2 & PW2) – sepenuh masa
  2. Teknologi Elektrik (PW2 & PW4) – separuh masa
  3. Penjaga Jentera Elektrik (AO) – sepenuh masa
  4. Penjaga Jentera Elektrik (AO) – separuh masa
  5. Teknologi Mekatronik (SKM tahap 2 & 3) – sepenuh masa
  6. Teknologi Elektronik Industri (SKM tahap 1, 2 & 3) – sepenuh masa

TEKNOLOGI ELEKTRIK

KURSUS: SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK
KOD BIDANG : B01
PERSIJILAN:
  • ​SKM Tahap 1 & 2
  • Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP)
  • Sijil Suruhanjaya Tenaga Malaysia (PW2)
KETERANGAN KURSUS (sepenuh masa)
Kaedah latihan/kursus peringkat sijil adalah berteraskan kemahiran di mana 70% ialah latihan amali dan 30% pengajaran teori. Dalam kursus ini, pelajar akan diajar berkaitan asas elektrik, pendawaian elektrik 1 fasa , pendawaian elektrik 3 fasa, kawalan motor, akta bekalan elektrik berkaiatan dan teknologi solar.
SYARAT
  1.  Berumur 17 hingga 35 tahun
  2.  Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS dalam subjek:
  1. Bahasa Melayu;
  2. Matematik/ Matematik Tambahan; dan
  3. Sains/ Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik/Kimia/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Pendawaian Domestik/ Menservis Peralatan Elektrik Domestik/ Prinsip Elektrik & Elektronik/Aplikasi Elektrik & Elektronik/ Teknologi Elektrik/Pemasangan Kawalan Elektrik/ Lukisan Geometri &Elektrik.
**Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpaalat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja‐kerja amali dan sesi pembelajaran.
TEMPOH PENGAJIAN
  •  24 bulan (termasuk OJT)
PELUANG KERJAYA
  • Pelajar lepasan kursus ini mempunyai peluang kerjaya seperti:
  1. Juruteknik elektrik
  2. Skill industrial trainer
  3. Penyelia (supervisor) atau pekerjaan lain yang berkaitan
  4. Usahawan (kontraktor elektrik)

TEKNOLOGI MEKATRONIK

KURSUS: TEKNOLOGI MEKATRONIK / AUTOMASI PERINDUSTRIAN
KOD: B10
  1. B10-TEKNOLOGI MEKATRONIK / H-176-2 JURUTEKNIK AUTOMASI
  2. B10-TEKNOLOGI MEKATRONIK / H-176-3 JURUTEKNIK AUTOMASI KANAN
PERSIJILAN:
  • SKM Tahap 2 hingga 3
  • Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP)
KETERANGAN KURSUS (sepenuh masa)
  • Kaedah latihan/kursus peringkat sijil adalah berteraskan kemahiran di mana 70% ialah latihan amali dan 30% pengajaran teori. Dalam kursus ini, pelajar akan diajar berkaitan sistem hidraulik/electro-hidraulik, pneumatik/electro-pneumatik, programmable logic controller (PLC), system automasi industri dan perkakas serta perisian computer industri dan rekabentuk automasi.
PRA-SYARAT 
  • Syarat kelayakan bagi kursus ini ialah calon mesti warganegara Malaysia berumur diantara 17 hingga 30 tahun dan mempunyai kelulusan akademik berikut dab memiliki SPM atau SPMV dengan lulus bahasa Melayu.
TEMPOH PENGAJIAN
  •  21 bulan (3 bulan OJT)

  1. Juruteknik automasi
  2. Juruteknik automasi kanan
  3. Juruteknik elektrik / elektronik / mekatronik
  4. Skill industrial trainer
  5. Penyelia (supervisor) atau pekerjaan lain yang berkaitan

TEKNOLOGI ELEKTRONIK INDUSTRI

KURSUS : TEKNOLOGI ELEKTRONIK INDUSTRI
KOD BIDANG : B05

PERSIJILAN:
  • SKM Tahap 1, 2 & 3
  • Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP)
KETERANGAN KURSUS
  • Kaedah latihan/kursus peringkat sijil adalah berteraskan kemahiran di mana 70% ialah latihan amali dan 30% pengajaran teori. Dalam kursus ini, pelajar akan diajar berkaitan asas elektronik, sistem analog dan digital, programmable logic controller (PLC), mikro pemproses dan penghasilan projek elektronik.
SYARAT KEMASUKAN 

  3. Sains / Sains Tambahan / Sains Gunaan / Fizik / Kimia / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Prinsip Elektrik & Elektronik / Aplikasi Elektrik &Elektronik / Menservis Radio & TV / Lukisan Geometri & Elektronik.
**Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpan alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja‐kerja amali dan sesi pembelajaran.
TEMPOH PENGAJIAN
  •  24 bulan (3 bulan OJT)

  1. Juruteknik elektronik
  2. Juruteknik Hydraulik dan Pneumatik

PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

KURSUS: PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (A0)

KOD: B03

  1. B03-PENJAGA JENTERA ELEKTRIK KATEGORI AO
PERSIJILAN:
  • Sijil Suruhanjaya Tenaga
KETERANGAN KURSUS
  • Dalam kursus ini, pelajar akan diajar kaedah penyelenggaraan dan pemasangan kelengkapan alat-alat elektrik dalam industri dan berkaitan.
PRA-SYARAT
1. Syarat kelayakan bagi kursus sepenuh masa (2 tahun): 
  • Lulus SPM dan memiliki sijil ST PW2

2. Syarat kelayakan bagi kursus separuh masa (6 bulan @ 480 jam): 

  • Warganegara malaysia dan berumur 20 tahun dan keatas serta Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan.
  • Mempunyai pendidikan tamat tingkatan lima sekolah penuh kerajaan. Calon yang tamat tingkatan tiga dan mempunyai pengalaman kerja yang luas boleh dipertimbangkan atau Mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang 3 tahun dipersekitaran dimana terdapat kelengkapan elektrik dan mengawal kelengkapan elektrik hidup. Permohonan dikehendaki mengemukaan buku log kerja harian sebagai bukti bagi tempoh tersebut.
  • Buku log kerja harian syarikat atau buku log mengajar yang lengkap perlu disediakan oleh pemohon. Pemohon bagi kemasukan kategori AO hendaklah mempunyai catatan buku log sepanjang tempoh minimum 3 tahun yang disahkan dan di cop oleh majikan.
  • Telah menyertai kursus-kursus modular Penjaga Jentera Elektrik (PJE) dan menerima sijil penyertaan kursus.
  • Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu akan mengadakan sesi temusoal/temuduga untuk menilai buku log harian pemohon sebelum calon diterima masuk ke dalam program ini.
PELUANG KERJAYA
  • Mengikut Akta Bekalan 1990 (Akta 447), seseorang yang memiliki perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik adalah layak menjaga segala pepasangan elektrik dan boleh mengawal pengendalian segala loji atau kelengkapan elektrik mengikut kategori yang dimiliki.
  • Pada masa ini negara kekurangan individu yang memiliki sijil perakuan kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik. Dengan ini peluang berkhidmat sebagai Penjaga Jentera Elektrik yang kompeten adalah amat luas.