Keratan Akhbar (Terkini)

Insentif TVET RM500

 
 
Kementerian Sumber Manusia akan membentangkan kepada Kabinet cadangan pemberian insentif RM500 sebulan seperti di Singapura kepada pekerja tempatan yang mahu menambah kemahiran dalam bidang Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET). – NSTP/Sairien Nafis
 

PUTRAJAYA: Sejajar usaha melahirkan pekerja berkemahiran tinggi, Kementerian Sumber Manusia mencadangkan pemberian insentif kepada pekerja tempatan yang mahu menambah kemahiran menerusi Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Kertas kerja bagi pemberian insentif khas berkenaan sedang disediakan kementerian sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, berkata pihaknya mengambil contoh Singapura dan beberapa negara lain yang memberikan setiap pekerja insentif dalam lingkungan RM500 sebulan jika mereka mendalami bidang kemahiran.

“Saya memberi contoh, anda bekerja sebagai pemberita, hendak sambung belajar kemahiran lain selepas waktu kerja, bolehlah pergi belajar.

“Mungkin tiada wang untuk bayar yuran, jadi kita sediakan insentif dari institusi tertentu atau daripada sumbangan anda (pekerja) kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), jadi kita gunakan dana itu,” katanya dalam satu temubual dengan BH di pejabatnya di sini, pada Selasa.

Kulasegaran percaya pemberian insentif itu antara langkah mencapai sasaran kerajaan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) bagi melahirkan 35 peratus pekerja berkemahiran tinggi menjelang 2030.

“Sekarang pekerja berkemahiran dalam negara ada dalam lingkungan 28 peratus, dan ini masih jauh berbanding sasaran itu.

“Kalau banding dengan negara maju seperti Singapura, mereka mempunyai kadar 55 peratus pekerja berkemahiran.

“Jadi, kenapa kita perlu ada pekerja berkemahiran, sebabnya dengan ada kemahiran gaji diperoleh lumayan, produktiviti akan tinggi dan meningkatkan mobiliti dalam memperkasa pekerja.

“Ini yang kita sedang difikirkan apa yang boleh kerajaan lakukan supaya setiap pekerja tempatan dalam negara boleh dapatkan kemahiran dan TVET memainkan peranan itu,’ katanya.

Selain itu, katanya, pemikiran baharu perlu diterapkan supaya pelajar menjadikan bidang TVET sebagai pilihan pertama untuk melanjutkan pelajaran.

“Malah bagi kementerian sendiri, di institusi latihan sedia ada kita mempunyai 16,000 penuntut bidang kemahiran tahun lalu dan jumlah ini meningkat kepada 18,000 penuntut tahun ini.

“Dengan trend ini, kita yakin tidak ada masalah untuk mencapai sasaran 23,000 penuntut TVET) tahun hadapan.

“Kalau kita lihat negara maju seperti Switzerland, Jerman, Korea Selatan, Taiwan dan Jepun, di sana selepas menamatkan pelajaran, 60 peratus golongan mudanya melanjutkan pengajian dalam TVET dan bukannya akademik. Walaupun akademik mustahak, tapi bezanya sekarang perlu ada sokongan dengan TVET,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kerajaan menyeru ibu bapa lebih memahami perubahan semasa berbanding zaman dahulu yang lebih memberi tumpuan kepada akademik dan menjadikan TVET pilihan kedua atau terakhir.

Tambahnya, kementerian juga akan turun padang ke segenap pelusuk, termasuk kampung dan pedalaman bagi bertemu generasi muda dan mereka yang sudah berusia bagi menerangkan kelebihan bidang TVET.

  1. Promosi TVET di sekolah luar bandar dipergiat – 3 Dis 2019
  2. Kemahiran Malaysia 2.0 langkah bijak dan tepat kerajaan – Sultan Nazrin – 3 Dis 2019
  3. ILPKK Juara SCINTEX’19 – 12 Sept 2019
  4. Dr-Maszlee-terajui-Jawatankuasa-Pemeriksaan-TVET – 13 Mei 2019
  5. Make TVET first choice – 9 Mei 2019
  6. ILP Perai sapu 2 anugerah pertandingan inovasi, kreativiti TVET 2019 – 9 Mei 2019

  7. 94 peratus graduan TVET ditawar kerja – 30 April 2019

  8. Pihak industri, institusi TVET perlu tingkat kolaborasi: TPM – 7 April 2019
  9. Kulasegaran: TVET good option for furthering studies – 24 Mac 2019
  10. Developing industry specific skills – 17 Mac 2019
  11. Funding essential for B40 group to benefit from TVET training – 27 Feb 2019

  12. TVET, the way forward – 10 Feb 2019

  13. 30,000 tenaga pengajar TVET masih rendah: Mahfuz – 9 Januari 2019
  14. Kejayaan di WorldSkills Asia bukti TVET kompeten – 2 Disember 2018
  15. Pendidikan teknik dan vokasional mampu wujudkan masyarakat kreatif: Rasinin – 12 November 2018
  16. Strengthen ILP teachers by learning from China – 7 November 2018
  17. Skilled workers will be highly in demand in future – 29 October 2018
  18. Lahirkan ‘technopreneur’ elektrik, hibrid untuk lonjak industri automotif – Mahfuz – 16 Oktober 2018
  19. Lahirkan Lepasan Usahawan Teknologi Elektrik, Hibrid – 16 Oktober 2018
  20. TVET centres urged to produce graduates with hybrid car skills – 16 October 2018
  21. Enam jawatankuasa kerja perkasa TVET – 8 Oktober 2018
  22. Tubuh enam jawatankuasa kerja perkasa TVET – 8 Oktober 2018
  23. Govt plans to recruit TVET trainers from India, Ukraine – 8 Oktober 2018
  24. Institute established to produce skilled manpower for water industry – 8 Oktober 2018