088-499825/088-499851
info@ilpkk.gov.my
Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu,
Jabatan Tenaga Manusia,
Kementerian Sumber Manusia
Jalan 3, KKIP Selatan
88460 Kota Kinabalu
Sabah.

Selamat datang ke Laman Web Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK). ILPKK telah mengalami perubahan yang pesat bermula dari sebuah institut yang mempunyai pengambilan yang rendah pada tahun 2000, kini telah menjadi antara Institusi yang terbesar dengan enrolmen pelajar melebihi 600 pelajar setiap masa. Adalah menjadi misi dan visi institut ini untuk memberi latihan kemahiran yang bertaraf dunia kepada pelajar. Kejayaan institut dalam melahirkan tenaga-tenaga kerja mahir dan separuh mahir mengikut keperluan industri terbukti dengan permintaan yang tinggi terhadap pelajar-pelajar institut ini dari pihak-pihak berkenaan. Di samping itu juga, ramai lepasan institut yang telah menjadi usahawan yang berjaya. Kursus-kursus baru diperkenalkan dan kursus-kursus sediaada serta kemudahan latihannya dipertingkatkan bersesuaian dengan perkembangan teknologi terkini.