KEMBALI

C01 - TEKNOLOGI CADD SENIBINA

C01 - TEKNOLOGI CADD SENIBINA
Kod Kursus :
C01
Nama Kursus :
TEKNOLOGI CADD SENIBINA
Pengenalan Kursus :
Pelajar akan mempelajari pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan lukisan skematik, lukisan penyerahan, lukisan perubahan dan pindaan, lukisan perincian, lukisan siap bina dan lukisan terukur bagi bangunan mudah sehingga bangunan 5 tingkat. Selain daripada itu pelajar-pelajar juga akan mempelajari pengetahuan dan kemahiran mengenai penyediaan dan mendokumenkan dokumen tender serta lukisan pembinaan, penyeliaan dan pentadbiran dan penyediaan lukisan lukisan persembahan dan membuat model bangunan.
No. NOSS & Nama Program (JPK) :
BC-050-3:2013 - Lukisan Pelan Senibina
Tahap :
3
Tempoh Pengajian :
2 tahun + 3 bulan OJT
Prospek Kerjaya :
Graduan boleh bekerja sebagai pelukis pelan bangunan di dalam sektor swasta atau sektor awam. Selain daripada itu, graduan juga boleh bekerja sendiri dengan menghasilkan rekabentuk bangunan mudah.
Penganugerahan Sijil :
1. Sijil Teknologi daripada Jabatan Tenaga Manusia
2. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran
Struktur Modul :
Struktur Modul - C01 - TEKNOLOGI CADD SENIBINA
Syarat Kemasukan :
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 17 hingga 35 tahun
3. Memiliki SPM dengan:

Lulus Bahasa Melayu
Lulus matematik/matematik tambahan
Lulus sejarah dan
Lulus satu (1) subjek lain selain (a) dan (b)

4. Tidak buta/ buta warna/ rabun/ pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Pegawai Perhubungan :
Pn. Haidah binti Saran
Ketua Bahagian Teknologi CADD Senibina

Emel: haidah@jtm.gov.my
No. Tel: 088 499825

Kongsi :

logo

OSHMS

logo

EKSA

logo

SCINTEX

logo

RESOURCE CENTRE