ILP Kota Kinabalu telah berbesar hati menerima kunjungan hormat 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 (𝐉𝐏𝐊) 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧, 𝐓𝐬. 𝐏𝐞𝐭𝐞𝐫 𝐖𝐨𝐧𝐠 bersama-sama pegawai JPK En Zarizal Tahir dan En Fadzil Jundam.
Dikesempatan tersebut turut dibincangkan akan cadangan penganjuran 𝐉𝐞𝐫𝐚𝐲𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚 𝐔𝐏_𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐙𝐨𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟓 dengan ILP Kota Kinabalu sebagai tuan rumah.
Program tersebut akan diadakan bersempena sambutan Hari TVET Negara 2025 peringkat ILP Kota Kinabalu pada 10 Jun 2025 dan menyasarkan guru bimbingan kerjaya dan kaunselor sekolah sekitar Kota Kinabalu, Sabah bagi memberi pendedahan akan saluran UP_TVET sebagai saluran utama permohonan ke institusi TVET bagi pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).