KEMBALI

B10 - TEKNOLOGI MEKATRONIK

B10 - TEKNOLOGI MEKATRONIK
Kod Kursus :
B10
Nama Kursus :
TEKNOLOGI MEKATRONIK
Pengenalan Kursus :
Kaedah latihan/kursus peringkat sijil adalah berteraskan kemahiran di mana 70% ialah latihan amali dan 30% pengajaran teori. Dalam kursus ini, pelajar akan diajar berkaitan sistem hidraulik/elektro-hidraulik, pneumatik/elektro-pneumatik, programmable logic controller (plc), sistem automasi industri dan perkakas serta perisian komputer industri dan reka bentuk automasi.
No. NOSS & Nama Program (JPK) :
EE-021-3:2012 - Troubleshooting, Pembaikpulihan & Penyelenggaraan Peralatan Elektronik
Tahap :
3
Tempoh Pengajian :
1 tahun 6 bulan + 3 bulan OJT
Prospek Kerjaya :
Mereka yang terlatih dalam bidang ini akan mempunyai peluang kerjaya untuk berkhidmat dalam sektor awam dan industri (swasta) yang menggunakan sistem automasi dan robotik seperti di dalam sektor industri pembuatan, pelabuhan, sektor elektrik dan elektronik, sektor petrokimia dan sebagainya. Para graduan boleh bekerja sebagai juruteknik atau juruteknik kanan dalam bidang – bidang seperti elektronik, elektrik, mekatronik, automasi, mekanikal, sistem kawalan, reka bentuk automasi dan sebagainya.
Penganugerahan Sijil :
1. Sijil Teknologi daripada Jabatan Tenaga Manusia
2. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran
Struktur Modul :
Struktur Modul - B10 - TEKNOLOGI MEKATRONIK
Syarat Kemasukan :
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 17 hingga 35 tahun
3. Memiliki SPM dengan:

Lulus Bahasa Melayu
Lulus matematik/matematik tambahan
Lulus sejarah dan
Lulus satu (1) subjek lain selain (a) dan (b)

4. Tidak buta/ buta warna/ rabun/ pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Pegawai Perhubungan :
En. Arman bin Arshad
Ketua Bahagian Teknologi Mekatronik

Emel: arman@jtm.gov.my
No. Tel: 088 499825

Kongsi :

logo

OSHMS

logo

EKSA

logo

SCINTEX

logo

RESOURCE CENTRE