Aktiviti Pelajar

 

Telephone/Fax

088-499825/088-499851


Email

info@ilpkk.gov.my


Address

Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu,
Jabatan Tenaga Manusia,
Kementerian Sumber Manusia
Jalan 3, KKIP Selatan
88460 Kota Kinabalu
Sabah.

Kursus Biro Tata Negara

Tarikh : 18 - 20 Mac 2011
Tempat : Membakut Eco Lake Training Centre
Penerangan

:     Seramai 80 orang pelajar ILP Kota Kinabalu yang terdiri daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar, AJK Asrama dan Masjid telah menyertai Kem BTN Asas Mahasiswa bertempat di Membakut Eco Lake Training Centre. Program yang julung-julung kai diadakan di antara ILPKK dan BTN Cawangan Sabah ini merupakan perintis untuk program di masa akan datang. Objektif program ini adalah untuk memupuk nilai jati diri, semangat kepimpinan, keyakinan diri dan kerjasama sepasukan dalam menghadapi cabaran masa kini.

    Rombongan pelajar ini telah bertolak ke Membakut Eco Lake Training Centre pada petang Jumaat bertarikh 18 Mac 2011. Perjalanan ke Membakut mengambil masa selama 2 jam dari Bandaraya Kota Kinablu. Sejurus tiba di kem tersebut pelajar telah diberi taklimat sebelum mendaftar ke bilik masing-masing.

    Selama 3 hari 2 malam, pelajar telah terabit dengan pelbagai aktiviti dan program yang melibatkan sifat kepimpinan, daya kreativiti, sifat mempertahankan hujah dan kerja sepasukan.

    Jelas dapat dilihat perbezaan pelajar yang menyertai kem ini telah mempunyai keyakinan diri yang tinggi berbanding sebelum ini. Pada malam 19 Mac 2011, pelajar telah dibahagikan kepada 8 kumpulan untuk melakukan aktiviti Kembara di dalam hutan. Dengan berpandukan cahaya bulan yang terang para pelajar telah dapat melakasanakan aktivit kemabara ini. Kem berakahir pada tengahari 20 Mac 2011 dengan upacara Penutupan oleh Penghulu Kem BTN ini, iaitu pelajar IPD En Noor Azizul Hakimi bin Rosmi.