Profil Institut

 

Telephone/Fax

088-499825/088-499851


Email

info@ilpkk.gov.my


Address

Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu,
Jabatan Tenaga Manusia,
Kementerian Sumber Manusia
Jalan 3, KKIP Selatan
88460 Kota Kinabalu
Sabah.

 

Sejarah dan Latarbelakang ILP Kota Kinabalu

            

   Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu atau ringkasnya ILPKK adalah sebuah institut di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. ILPKK merupakan lokasi institut yang strategik kerana terletak di dalam kawasan Taman Industri Kota Kinabalu (KKIP) yang sedang pesat membangun dan terletak kira-kira 2.1 kilometer dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu.

     ILPKK dibina pada 13 April 1999 yang mempunyai keluasan 36,997.24 meter persegi yang terletak bersebelahan dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Institut Kemahiran Mara (IKM). Pembinaan ILPKK siap sepenuhnya pada 12 Oktober 2000 manakala pegawai-pegawai mula bertugas pada 15 Ogos 2000.

     Institut ini mula beroperasi pada Januari 2001 dengan mengambil 111 orang pelajar perintis. Kursus yang ditawarkan pada peringkat permulaan adalah, CADD Senibina, CADD Mekanikal dan Teknologi Elektronik Industri. Namun pada hari ini, ILPKK telah menawarkan beberapa kursus baru Juruelektrik, Teknologi Mekatronik, Penjaga Jentera Elektrik, Teknologi Mekanik Industri, Teknologi Pemesinan CNC, Teknologi Automotif, Pemasangan Paip Gas, Teknologi Rekabentuk Produk Industri dan Teknologi Komputer Sistem.

     Setelah 2 tahun beroperasi ILPKK telah dirasmikan pada 11 Januari 2003 yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Dato’ Tham Nyip Shen sebagai wakil Ketua Menteri Sabah, Dato’ Chong Kah Kit. Di mana perasmian julung-julung kalinya itu dibuat secara serentak dengan 9 buah Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia yang lain selarah dengan Rancangan Malaysia ke-7 yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu iaitu, Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi dan YAB Dato’ Seri Ali Hj. Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka.

    ILPKK juga berjaya melahirkan 2 orang pelajar yang mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa iaitu En. Domeki Pilim selaku wakil pertandingan 37th Worldskills Competition 2003 di Helsinki, Filand dalam Bidang CADD Mekanikal dan En. Gabby Hew Vui Han selaku wakil pertandingan 37th Worldskills Competition 2003 di St. Gallen Switzerland dalam bidang Pendawaian Eletrik.

     Setelah 10 tahun beroperasi, ILPKK telah melahirkan 3065 pelajar dalam pelbagai bidang. Pihak ILPKK juga turut berkerjasama dengan industri-industri berdekatan antaranya Petronas, Sabah Electricity Sdn. Bhd dan Than Chong Motor.

 

Visi

  • Menjadi Organisasi peneraju dalam membangunkan Tenaga Kerja yang berdaya saing

Misi

  • Mengeluarkan tenaga kerja yang berdaya saing

Objektif

  • Melahirkan tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan industri.
  • Memberi peluang kepada lepasan sekolah memperolehi kemahiran melalui Latihan    Kemahiran.
  • Menjalankan kerjasama dengan industri untuk meninggikan tahap kemahiran
  •    pekerja-pekerjanya melalui Latihan Peningkatan Kemahiran.

Dasar Kualiti

      JTM adalah komited kepada pemberian perkhidmatan latihan kemahiran teknik berkualiti  melalui proses penambahbaikan berterusan untuk memastikan keberkesanan Sistem    Pengurusan Kualiti, bagi memenuhi kepeluan para pelanggannya.

Objektif Kualiti

      Objektif Kualiti Jabatan Tenaga Manusia adalah:-
    1.  Memastikan peruntukan mengurus disalurkan ke ILJTM dalam tempoh dua (2)minggu       selepas waran diterima daripada Kementerian Sumber Manusia.
    2.  Memastikan semua kakitangan JTM mengikuti sekurang-kurangnya satu program       peningkatan kemahiran pada setiap tahun.
    3.  Memastikan sekurang-kurangnya 85% dari perancangan latihan tahunan kakitangan       dilaksanakan.
    4.   Memberi respon kepada semua jenis pertanyaan dan aduan dalam masa 24 jam.
    5.  Memberi jawapan kepada aduan pelanggan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh      aduan diterima dan 7 hari bekerjda dari tempoh menerima maklumat dari pihak ketiga.
    6.  Memastikan pelajar-pelajar ILJTM disahkan layak dianugerahkan sijil/diploma berdasarkan    keputusan jawatankuasa berkenaan dalam tempoh lapan (8) minggu selepas tamat sesi      latihan bagi semester tersebut.
    7.  Memastikan kadar kejayaan purata graduan bagi semua persijilan tidak kurang daripada       85% yang menduduki peperiksaan ahkir.
    8.  Memastikan tidak lebih daripada 15% pelajar dibenar mengulang modal latihan melebihi       latihan yang ditetapkan.
    9.  Memastikan kurikulum latihan kemahiran dikaji semula sekurang-kurangnya sekali dalam       tempoh 5 tahun.
    10. Mengiklankan maklumat peluang latihan kemahiran bagi kursus jangka panjang di ILJTM       selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum pengambilan.
    11. Mengeluarkan tawaran kemasukan baig kursus jangka panjang selewat-lewatnya tiga (3)       minggu sebelum kursus bermula.
    12. Memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah keseluruhan kapasiti perancangan       pengambilan pelajar setahun dicapai.
    13. Melaksanakan sekurang-kurangnya 24 aktiviti promosi latihan kemahiran setahun di setiap       ILJTM.
    14. Memastikan aktiviti pemeriksaan keselamatan di bahagian-bahagian latihan dan premis       ILJTM dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun oleh Jawatankuasa Keselamatan dan       Kesihatan Pekerjaan ILJTM.
    15. Melaksanakan sekurang-kuranya 2 aktiviti berkaitan penyelidikan dan pembangunan       keperluan latihan teknikal melalui soal selidik dalam setahun.