088-499825/088-499851
info@ilpkk.gov.my
Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu,
Jabatan Tenaga Manusia,
Kementerian Sumber Manusia
Jalan 3, KKIP Selatan
88460 Kota Kinabalu
Sabah.

Alaf baru menyaksikan perubahan fizikal ILPKK dimana program penaiktarafan institut akan terus menjamin komitmen kakitangan terhadap keberkesanan program-program latihannya. Kecemerlangan ILPKK yang berterusan telah melayakan institut ini mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2008. Pengiktirafan ini menjamin pelanggan-pelanggan ILPKK disajikan dengan perkhidmatan dan produk yang berkualiti mengikut standard yang telah ditetapkan untuk mengukuhkan lagi kecermelangan institut ini.
Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini, tahun 2001 menjadi saksi kemudahan internet melengkapi ILPKK. Kesinambungan daripada itu, adalah menjadi matlamat institut untuk menyediakan proses pembelajaran modul-modul yang ditawarkan secara atas tallian iaitu e-training yang boleh dilayari oleh semua warga ILPKK dan orang ramai pada suatu masa nanti.
Perancangan rapi, komitmen, semangat berpasukan dan usaha yang berterusan dikalangan warga ILPKK diperlukan untuk memastikan matlamat yang digubal dapat dikecapi dengan cemerlang. Kepada warga ILPKK, percayalah kita mampu mengukir sesuatu yang menakjubkan jika kita bersungguh-sungguh dalam menjayakannya. Akhir kata, selamat mengunjungi laman web Institut Perindustrian Kota Kinabalu yang menjadi jambatan maklumat kepada latihan teknologi industri tanah air.
Sekian terima kasih.